Friday 1 January 2021

4 Basic Things for Assignment Part 1 (Student Edition)


Post ini khas dan khusus kepada pelajar universiti sebab mostly pelajar universiti akan hadap masalah nak buat assignment. Bukan sebab mereka tak tahu, tapi mereka tak didedahkan dengan sebaiknya. untung waktu saya dahulu, masa foundation level, lecturer dah ajar serba sedikit. malah kalau diikutkan hampir setiap tahun/semester di universiti saya akan diadakan bengkel untuk format assignment yang berkualiti. malangnya tak ramai pelajar yang join. walhal benda ini lah yang crucial untuk student.

Firstly, saya akan share antara benda yang perlu ada untuk jadikan assignment korang tu berkualiti a as a standard pelajar degree, pelajar master, nampak gah sikit gitu. Alright. boleh refer list di bawah ya.


1. Font, Spacing, Size Font, Justify

permulaan setiap assignment yang bagus adalah kita kena tahu standard and basic things untuk penulisan report. Usually kita akan guna Font: Times New Roman, Size font: 12, Spacing: usually 1.5 atau 2.0 (double spacing) dan justify (balancekan perenggan bagi selari). 4 benda ni adalah sangat penting kalau takde or tak guna, sangat carca marba ya assignment anda. Compiler boleh sakit jiwa & stress haha. Jadi sila ingat sampai bila bila hihi. 

2. Cover page 

cover page akan ada certain lecturer yang suruh student guna cover page yang lecturer sendiri sediakan sebabnya maybe lecturer tu jenis perfectionist atau taknak serabutkan kepala tengok bermacam-macam jenis size font, and style cover page. even dalam kalangan kita sesama pelajar pon akan ada bermacam jenis cover page. ada yang jenis suka font besar besar, logo universiti sebesar alam dan so on. Jadinya, seeloknya tanya lecturer, ada standard cover page atau tidak. kalau tiada seeloknya guna seperti ini (depends universiti) :

-Logo universiti (sederhana)

-tahun dan Semester terkini di universiti

-code subject & nama subject

-Group/kelas 

-Nama pensyarah

-Nama ahli kumpulan & No matrik (susun ascendingly)

-Dateline

    

p/s: ini contoh assignment report saya. sebelah kiri ialah format yang diberikan oleh lecturer dan sebelah kanan standard digunakan oleh semua pelajar cuma ada perbezaan urutan @ spacing.


3. Table of content

Zaman sekolah dulu, kita banyak kena buat folio (dulu kan panggil folio hihi) zaman universiti kita panggil Report/Paper/Assignment (standard). kalau waktu sekolah dulu kita buat table of content ni sendiri manual. insert table tulis. Tapi, masuk universiti, better kita tunjuk advanced sikit. cara ni tak ramai student tahu, even degree student pon taktahu. Tapi amat perlu tahu sebab sangat menjimatkan masa dan mudah. Certain lecturer sangat particular about this. Jadi jom belajar. Boleh refer gambar di bawah ya.

Step 1: Buka WORD. Tulis list Subtopik untuk Table of Content kita. Bila dah siap, SELECT ALL. 


Step 2: Pergi dekat STYLES->HEADING 1 (Main subtopic). Kalau ada 1.1 1.2 1.3 yang tu boleh letak under HEADING 2 (SUB SUBTOPIC). Tekan HEADING 1 then nanti dia akan bertukar ikut format HEADING 1 WORD. 


Step 3: Kita change ke format kita sendiri. Font: Times New Roman, size 12pt, spacing 1.5/2 justify, and Bold in Black color ink.


Step 4: Bila dah siap, pergi dekat PAGES -> PAGE BREAK. Function page break adalah untuk korang enter subtopik baru dekat new pages. takdelah korang tekan enter memanjang. tak professional. PAGEBREAK ni wajib tahu tau. Asas dalam Performatan Paper. 


Step 5: Bila dah jadi macam ni, see setiap subtopik dah start dekat new pages. Next step, table of content. yang automatic


Step 6: Nak add table of content, pergi dekat REFERENCES -> TABLE OF CONTENT -> AUTOMATIC TABLE 2. Nanti dia akan auto keluar macam gambar dibawah. Table ni boleh update. Contoh korang ada pembetulan susunan @ pages dah beranjak. Nak update, letak cursor dekat table yang dah korang buat tu, kemudian dia akan tulis "UPDATE TABLE" tekan tu and pilih "UPDATE ALL" (Kalau ada perubahan dekat wording sekali) or tekan "PAGE NUMBER ONLY" untuk page number sahaja. 


Step 7: Dah siap & menjadi. selamat mencuba! 

4. References

Yang terakhir sekali, references, rujukan. Standard universiti menggunaka APA style. Masih ada yang tak tahu nak buat references, kadang malas, malas sampai suruh online yang buat.. walhal online tu ada yang tak betul and tak cantik format dia. jadinya meh kita belajar sendiri. Lagi mudah dan format pun cantik. 

Step 1: Pergi REFERENCES -> INSERT NEW CITATION -> ADD NEW SOURCES. Tambah reference korang mengikut jenis rujukan. sama ada from Website/ Doc from website/ Article journal/ Book. 


Step 2: Ini contoh Journal Article.


Step 3: Ini contoh untuk book


Step 4: Bila dah siap, guna style APA. Standard. Pergi dekat STYLE -> APA .


Step 5: Untuk letak references. Dibawah STYLE. Ada BIBILIOGRAPHY. Tekan dan pilih REFERENCES. Nanti auto dia keluar macam table of content sebelum ini. Kemudian boleh lah korang format kan ikut standard font, size, spacing. 


Hasilnya. Done! Dah siap. Selamat mencuba

Jadi, ini sahaja untuk kali ni 4 Basic Thing for Assignment Part 1 (Student Edition). Rasanya banyak jaa content yang dah buat tips or tunjuk ajar macamni, tapi saya rasa masih ada yg taktahu atau tak nampak the whole process. Jadinya, semoga content saya sedikit sebanyak dapat membantu anda. Next posting saya akan share lagi 4 Basic Thing for Assignment Part 2 (Student Edition)  yang useful untuk student guna. 

Selamat belajar! 
XOXO
Musfirah

1 comment