Wednesday 3 February 2021

Secret! Tips & Trick to Start Your Business on LIVE Shopee


Siapa pernah dengar meniaga di Shopee LIVE? Sounds terrible kan macam banyak je benda yang susah or mesti susah dapat customer and so on. But, the fact is WRONG. Berniaga dekat shopee LIVE ini lebih menguntungkan daripada standard selling dekat kedai atau just listed dalam shopee. 

Kenapa? sebabnya saya adalah salah seorang yang pernah menjual aka meniaga di dalam shopee LIVE dan jujur saya katakan bahawa meniaga di Shopee LIVE ini lebih menguntungkan namun standard business mesti lah high risk high return. Why? Baca posting saya sehingga tamat okay!

Meniaga di Shopee LIVE tidak perlu membayar sewa tempat/kedai yang dimana lebih menjimatkan. seringkali kita lihat banyak seller yang gemar membuka atau menyewa kedai lot untuk menjual pakaian seperti kedai bundle & so on. Yes benda itu memang valid & perlu tapi perlu di tahun sebelum covid. Pada era Covid ini, menyewa di kedai lot adalah satu perkara yang hanya meningkatkan expenses seller. Disebabkan itu, saya lebih mengwar-warkan kepada seller pakaian di luar sana untuk cuba meniaga di Shopee LIVE kerana ianya lebih selamat, dan mudah serta kurang kos belanja. 

Caranya? Caranya senang sahaja wahai seller di luar sana. 

1. Anda hanya perlu mendaftar account shopee shop anda, kemudian set-up kan anda punya business profile seperti gambar, bio dan benda yang melambangkan bisnes anda di shopee seller anda. boleh baca lebih di sini --->How-to-register-to-stream-on-Shopee-Live

2. kemudian, anda perlu apply untuk program FREE SHIPPING SHOPEE X JNT/POSLAJU/Others. Untuk cara apply program FREE SHIPPING di SHOPEE saya tidak akan sentuh di dalam posting ini kerana, sistem di shopee sering kali bertukar dan diupdate kepada syarat dan permohonan akan menjadi lebih mudah dari sehari ke sehari jadinya, untuk mendapatkan kepastian yang pasti anda boleh cuba godek ilmu berkaitan shopee for seller di dalam shopee sendiri di bahagian help centre.

3. Setelah anda sudah set-up kan acc shopee business anda. sudah apply free shipping program, kemudian anda boleh list kan senarai produk yang anda jual. sekiranya untuk shopee live, sila title kan product anda seperti "LIVE ONLY- Baju knitwear Gred AAA" contohnya. Perkataan LIVE ONLY itu sangat penting kerana buyer akan tahu bahawa jika hendak beli, kena join shopee LIVE anda terlebih dahulu dan booked semasa LIVE sahaja. 

4. Set kan description dengan LIVE things. contohnya 

Title: LIVE ONLY - Baju knitwear gred AAA

Size: Vary 

Color: Vary

Price : set kan sesiap korang punya baju bundle tu sort mengikut harga, RM3 SAHAJA

Cara beli: Join shopee live, book semasa live sahaja. Setelah book, PM seller dan check out untuk bayar seperti biasa

5. Anda perlu tahu rules di dalam shopee LIVE

-LOCK : maksudnya anda booked baju tu

-SERIOUS BUYER ONLY : Sebab apa seller sellalu noted kan benda ni sebabnya, banyak JOY BUYER, Which is semasa lIVE kemain book banyak banyak, bila suruh checkout bayar, hilang sepi itu lah definisi JOY Buyer

-Perlu tahu sizing anda snediri, noted kan sesiap bahu berapa. Jangan tnya seller bahu 13inch sesuai tak baju size m ke apa ke. seller takde masa ya guys.

-CODE: number yang seller akan sebut semasa live untuk siapa cepat dia dapat. means kalau seller sebut "siapa nak baju ni lock code 10 means siapa yang tulis code 10 paling awal ikut phone seller akan dapat dekat orang tersebut" . 

-FS : Free shipping, selalunya seller digalakkan memohon FS supaya dapat attract lebih banyak buyer sebabnya yang membeli ni baju bundle & mostly buyer suka berjimat. jadi bila ada seller yang jual murah & ada fs selalunya lebih menjadi tarikan.

-NO SHIP SS : yang ini depends seller ada yg offer shipping ke sabah dan sarawak dan ada tiada. selalunya tiada kerana kos untuk hantar ke sana varies mengikut berat dan jenis barang. seller selalunya ingin megelakkan risiko to bear to postage. Tambah pula kalau korang ada FS kalau buat offer 5helai free shipping. bayangkan baju 5 helai tu beratnya 1.5kg shopee punya peruntukan ada limit. kemudian anda kena bear the remaining balance. Tak ke merugikan gitu? Jadinya fikir masak masak sebelum offer ke SS. 

Mungkin itu sahaja buat masa ini, saya pun dah lupa. dah lama tak buat LIVE selling. Oh ya, saya menjual pakaian bundle seperti knitwear, blouse & preloved items dan alhamdulillah within 3 months almost rm700 saya boleh dapat. Di shopee live pun dibolehkan menjual preloved item korang asalkan benda tu muhasabah dan masih berkualiti. jangan pula dijualnya baju yang koyak dengan alasan menipu pelanggan. Allah laknat itu kang. 


Tips & Trick Meniaga di Shopee LIVE

1. Anda perlu tahu waktu berkesan meniaga di shopee LIVE. Antaranya Weekdays waktu lunch hour. dan malam bermula pukul 9 dan ke atas. Weekend seawal jam 10am-12pm. dan petang 3pm to 6pm. 

2. Tajuk shopee LIVE anda perlu catching contohnya "FS knitwear RM3! RM3! RM3!" -- Perlunya letak FS kalau korg ada sebabnya senang buyer nampak live title korang dia trus masuk sebab tahu ada FS

3. Guna ring light semasa LIVE sebabnya lebih nampak & jelas warna baju dan details produk

4. Be friendly dgn customer jangan mengeluh jangan muka masam. 

5. Connection kena power. jangan tersekat sekat selalu yang tersekat ni buyer tak berminat untuk join live korang


Okay mungkin itu sahaja untuk posting kali ini. Kalian boleh juga tengok youtube Cara buat Shopee LIVE untuk lebih kefahaman. Semoga bermanfaat buat kita dan para seller diluar sana yang mungkin kehilangan kerja & ingin mencari side income. 

Love

Mushy

Post a Comment