"susah...
"susah lah.. banyak nombor..
"susah gila..
Mana ada satu benda dalam dunia ni mudah, awak. Sama macam Mathematics, bila orang luar dengar perkataan Mathematics dah diibaratkan kesusahannya sama seperti student yang ambil medic.
mana boleh begitu...
sebenarnya dalam dunia ni, terutama dari segi pelajaran dan pendidikan seseorang seperti Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Kita tidak boleh mengukur sesuatu benda yang kita punya dengan orang lain punya. Diibaratkan kita seperti hendak meminta simpati.
kenapa saya cakap hendak meminta simpati..
bayangkan. Si A dapat 3.00 untuk sem 1 dan si B dapat 4.00. Jadi, apabila si A bertanyakan kepada si B berapa cgpa beliau, dan si B ternyata lagi tinggi cgpa berbanding si A. Semestinya si A akan cuba men-defend diri dengan menyatakan seolah-olah seperti ini ...
"alah, course aku susah lah weh banyak number, course kau takpelah hafal je. semua benda fakta tak berubah. Aku ni, number berubah-ubah..."
Awak, tidak kira course apa sekalipun. Statistics, Pure Mathematics, Actuary dan seangkatan dengannya memang susah tapi tahap kesukaran tersebut tidak boleh dibandingkan dengan mereka yang belajar Medic, Engineering dan Art. Setiap bidang yang kita ceburi ada pro and cons dia tersendiri.
Jadi, stop being attention seeker and just admit kalau diri sendiri yang tidak mahu berusaha daripada terus men-defend diri dengan alasan yang kurang munasabah. Mungkin alasan yang diberikan itu munasabah bagi orang yang bukan berada di bidang yang sama dengan kita. Tapi akan jadi irrelevant untuk orang yang berada dalam bidang yang sama dengan kita.
"kalau orang lain boleh buat, kenapa kau tidak..."
Jadi, cuba think back and cari apa silap kita. Stop pointing others and defend yourself. Kita belajar, orang lain pun belajar. Bezanya hanya dari segi pembelajaran je, dari segi usaha sepatutnya sama.
Moto barat mengatakan work smart sudah tidak valid. kerana terbukti dalam satu video, ahli falsafah dan juga pengasas syarikat terkemuka dunia sendiri mengaku bahawa mereka
"work hard, work hard dan work hard"
jadi, kalau Mark Zuckerberg boleh work hard and his work hard has been paid off now. Why don't you try to follow his step and sabar sikit je sementara tunggu nak grad. Usaha betul betul sampai berjaya. Mesti dipermudahkan.
Post a Comment