Saturday, 4 August 2018

Kenapa Wujudnya Lalat Di Dunia Ini?


Hasil carian imej untuk wondering

Cerita berdasarkan Al-Quran - Hikmah Penciptaan Lalat
  
Rumah siapa yang tidak pernah ada lalat? Tikus? Labah-labah? Thumbs up for your house, tapi its kinda weird because, fly always there in all places. Kecuali kalau kita duduk dekat atas gunung. Siapa pula dekat sini yang apabila nampak saja haiwan tadi, rasa gembira atau mungkin rasa “em okay je”. I bet you, mesti semua orang tak pernah rasa selesa. Sedangkan lalat yang seekor pun kadang kita dah rasa menyampah, bayangkan jika ada 10 ekor. Tak ke menyumpah?

Tapi, pernah tak kita terfikir. Kenapa Allah ciptakan mereka jika mereka hanya dijadikan seekor haiwan perosak? Pernah atau tidak anda terfikir kenapa Allah ciptakan mereka jika mereka tidak boleh dimakan oleh manusia mahupun berbakti kenapa alam semesta? Persoalan ini boleh dijawab jika kita meneliti kembali Surah Al-Baqarah.

Dalam Surah Al-Baqarah ada menyatakan hikmah di sebalik penciptaan lalat. Dalam pada itu, kita juga boleh meneliti kecerdikan haiwan lain seperti serigala, labah-labah dan lalat. Serigala, jika kita perhatikan apalah guna dia jika tidak berperanan sebagai haiwan ganas yang sering memburu mangsa. Namun, pernah atau tidak kita berfikir bagaimanakah cara yang diambil oleh serigala untuk menangkap musuhnya? Serigala menggunakan kecerdikannya dengan berpura-pura mati dan mengembungkan perutnya sehingga burung menyangka bahawa ia telah mati lalu turun untuk memakan bangkainya namun sebaliknya serigala itu menerkamnya semula.

Perhatikan pula kecerdikan labah-labah dalam menjalankan tipu helahnya, labah-labah akan membuat jaring sebagai perangkapnya kemudian bersembunyi di bahagian tengahnya. Apabila terdapat mangsanya iaitu lalat atau nyamuk yang terlekat di jaringnya, terus ia melompat menghisap darah mangsanya. Jika tidak kerana kecerdikan yang Allah kurniakan kepada haiwan yang tidak ada guna seperti mereka, jadi bagaimana pula mereka hendak hidup. Sedangkan batu yang sering menjadi bahan untuk kita terjatuh ketika memijaknya juga mempunyai guna, ini kan pula haiwan yang bernyawa.

Janganlah kita meremehkan pengajaran dari sesuatu yang remeh, meskipun seperti biji sawi dan nyamuk kerana sesuatu makna yang berharga dapat diperoleh daripada sesuatu yang remeh. Sikap meremehkan sesuatu pengajaran dari suatu yang remeh dan hina adalah sikap warisan dari orang-orang yang akainya tidak boleh menerima kenapa Allah S.W.T membuat perumpamaan dengan lalat, labah-labah, anjing, keldai, sehingga Allah S.W.T. menurunkan auat Surah Al-Baqarah, 2:26 ini.

Disebut pula hikmah seekor lalat, yang apabila kita melihatnya seperti seekor haiwan perosak yang hanya membawa keburukan kepada semua. Sedangkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seekor lalat hingap di tempat minum salah seorang daripada kalian, hendaklah ia menenggelamkannya ke dalam minuman tersebut, kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lainnya mempunyai penawar.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Jadi, apabila kita melihat seekor lalat hingap di air kita, jangan buang. Sebaliknya terus membenamkan ia ke dalam air tersebut baru buang dan boleh diminum. Jika kita terus buang and minum, sama sahaja macam kita minum air yang bertoksik. Nampak bukan, sebenarnya penciptaan lalat ni tidak lah hanya sebagai perosak. Walaupun kita berasa kurang percaya bagaimana seekor lalat yang sering hinggap di tong sampah dan tempat kotor boleh membawa penawar pada sayapnya, jangan pernah kita mempersoalkan kebolehan dan kemampuannya kerana ia adalah makhluk yang Allah ciptakan dengan kegunaan dan kebolehan tersendiri. Tanpa dia, bagaimana labah-labah hendak hidup? Hebat bukan penciptaan Allah, saling melengkapi antara satu sama lain.

Sebenarnya semua hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah, semua sunnah Rasulullah itu ada hikmah nya tersendiri yang apabila kita baca, kita tidak percaya sedangkan apabila dibuktikan dengan fakta sains dan teknologi betapa lajunya kita menerima. Di sini terlihat bagaiman kita lebih mempercayai sesuatu yang kita nampak berbanding yang kita percaya.

Jika direnungkan kembali hikmah penciptaan mereka, bukan lah semata-mata hendak mengagumi kecerdikan mereka. Namun, kita kembali pada sudut dasarnya, siapakah pencipta mereka dan siapakah yang mengilhamkan mereka kecerdikan sebegitu rupa kepada mereka jika bukan Allah S.W.T. Maka, dari situ lah, hikmahnya tertonjol bahawa, kita kena beriman kepada Allah yang maha besar, kaya, pengasih dan maha memberitahu. Jangan kita berpaling kepada keburukan hanya disebabkan kita menyalahkan takdir menentukan sebaliknya salahkan diri kita yang memilih jalan untuk berada jauh dari jalan yang benar. Allahu :) Semoga kisah pengajaran ini dapat membantu kita sebagai seorang muslim untuk terus beriman dan berada terus di dalam rahmat-Nya.


Musfirah Zaini, 19

2 comments